HA:
Dadih pekat sudah dihidang
Belum dijamah tetamu pak Lebai
Sedih teramat kekasih hilang
kuntum nan indah layu terkulai
Seri:
Tuai padi buang jerami
Padi dijemur di tengah hari
Kuntum terkulai jatuh ke bumi
Kekasih hilang membawa diri
HA:
Membaca pantun dari sahabat
Seawal subuh pagi nan hening
Penyakit batin segera tersemat
Lantaran kalbu dirundung runsing
Seri:
Cantik sungguh Dayang Senandung
Berdayung ke seberang di atas batang
Kalbu dikurung runsing membendung
Segera diubat penyakit mendatang
HA:
Membeli hadiah hari jadi
Untuk titipan si ibu guru
Di puncak gunung membawa diri
Tiada teman tempat mengadu
Seri:
Makan lauk tidak bernasi
Di atas meja semuanya tersedia
Andai tiada teman di sisi
Sujud mengadu kepada DIA
HA:
Berkaca mata menonton wayang
'Tentang Dia' kisah sahabat
Membaca nota mohon diulang
Terang nyata makna tersirat
Seri:
Masuk ke hutan biar kutemankan
Kerana takut harimau membaham
Makna tersirat minta tafsirkan
Kusurat jelas agar difaham
HA:
Jangan padi disangka padi
jika ditampi hanya hampanya
jangan sudi disangka sudi
jika sudi hanya sapanya
Seri:
Gadis manis di hujung biara
Sedih mengenang masa lampaunya
Tegur sapa mula bicara
Tanda hati sudi sesungguhnya
HA:
Asah belati di malam hari
Menghiris sepat untuk hidangan
Gelisah hati memahami diri
Demi sahabat benamkan kemahuan
Seri:
Ikan keli dimasak kari
Ikan disimpan di dalam laci
Untuk di makan di tengah hari
Sahabat sejati sukar dicari
Setakat menguji mengapa benci
Ingin menyelam setia diri
HA:
Gelak tawa melihat gelagat
JY kelakar sambil bersajak
Apakah habis gejolak hayat
Dugaan mekar tidak berganjak
Seri:
Anak rusa terlangar batang
Batang tertutup si daun lebar
Dugaan datang memekar matang
Tidak berganjak tak gentar dicabar
HA:
Jalan raya semakin sesak
Ke pusat kota di hujung minggu
Tatkala bahasa semakin rojak
Kosa kata layu di buku
Seri:
Sudah tua mata kabur
Stiap hari makan bubur
Jangan dibiar layu berkubur
Variasikan ia menjadi subur
HA:
Anak hamba lawa berpakaian
Kain lusuh hadiah si Mansur
Adu domba bawa perpecahan
Bangsa runtuh Negara hancur
Seri:
Pergi ke laut ikan dipukat
Perahu dkayuh ke Bukit Keramat
Muafakat akan membawa berkat
Amalkan ia agar selamat
HA:
Kedidi, angsa, punai, kenari
Bebas terbang di angkasa raya
Budi bahasa dan nilai murni
Asas harmoni sejahtera bangsa
Seri:
Jaga diri jangan dikeji
Andai dibenci tinggal sendiri
Diri dihormati disanjung dipuji
Bersopan santun amalan diri
HA:
Siti Mariam membeli permata
Saying permata dijual murah
Biarlah diam dari berkata
Kalau berkata mengundang amarah
Seri:
Pergi berkelah di Tanjung Bidara
Bawa bersama kuih koci
Sdap dimakan manis intinya
Sambil makan berlari-lari
Berdiam diri kukunci bicara
Kalau berkata dia membenci
Cuma nak tahu di mana silapnya
Diri ku di sisih tinggal sendiri
HA:
Ikan gelama dimasak kicap
Ikan siakap digulai lada
Mana kata mahu diucap
Belum diucap kehilangan nada
Seri:
Takut disambar siburung helang
Menyelamatkan diri pusing keliling
Di depan pagar tak boleh lalu
Bagaimana nada tak hilang
Sidia tersenyum sambil menjeling
Lidah kelu membungkam malu
HA:
Langkah Malaysia sungguh berani
Pemimpin tersohor segera bertindak
Apakah rahsia tersembunyi wangi
Meski berkubur hilangnya tidak
Seri:
Berjalan-jalan di Bandar Bangi
Bawa keluarga bersama-sama
Sempat membeli bunga dahlia
Harum kasturi serbak mewangi
Indah amalan tuntutan agama
Penghias diri akhlak mulia